for women..
6 PESANAN UNTUK WANITA.
1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas
tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.
2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw
sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan
kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.
3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat.
Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al
Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak
baca kitab Mu pada hari ini."
4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun. Iaitu doa
seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.
5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga
untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan
basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas
wanita tersebut.
6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yang menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di
Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia
sendiri.
Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah
bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk
dalam hati kita dan mudah nak amalkan.
via : Maz Mihar

No comments:
Post a Comment