Tuesday, November 8, 2011

MeMuTuSkAn SiLaTuRrAhiM...

aku manusia biasa. mempunyai hati dan perasaan. salah ke untuk aku berkawan. belum lagi nak kahwin. cume kawan je. nie nak marah2 suruh jgn kawan dengan DIA.. sebabnye dia penipu la, budak jahat la, itu la, ini la.. knp suke dengar cakap orang??? knp tak tanye DIA sendiri.. selidik betul2.. jangan dengar sebelah pihak jer... salah ker ak nak berkawan??? siap suruh jangan kawan dengan DIA lagi.... tau tak yg memutuskan sillaturahim antara umat islam tu HARAM...?

TIDAK MASUK SYURGA
MEMUTUSKAN SILATURRAHIM

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Hukum memutuskan silaturrahim
Memutuskan silaturrahim pula hukumnya haram dan dikira
melakukan maksiat besar sehingga mendapat laknat dari Allah
Subhanahu wa Ta‘ala, Sebagaimana firmanNya:

(ﺳﻮﺭﺓ ﳏﻤﺪ: ﺍﻳﺔ 23-22)
Maksudnya: “(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka
tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan-jika kamu dapat
memegang kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi,
dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?.
(Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut)
merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran
mereka, dan dibutakan penglihatannya.”
(Surah Muhammad: Ayat 22-23)
Apatah lagi orang yang memutuskan silaturrahim ini tidak masuk syurga,
sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:
(ﺭﻭﺍﻩ ﻣﺴﻠﻢ)
Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan
hubungan kekeluargaan.”
(Hadits riwayat Muslim)
Bagaimana menghubungkan silaturrahim?
Menurut Ibnu Abu Jamrah bahawa hubungan silaturrahim boleh
dieratkan dengan memberi harta, memberi bantuan dan
pertolongan dalam menyampaikan hajat, menolak kemudharatan,
bersemuka, mendoakan, mengeratkan dengan apa yang termampu
daripada perkara kebajikan dan menolak apa yang termampu
daripada keburukan.
Sementara bagi mereka yang jauh bolehlah juga berhubung dan
berkirim salam dengan berutus surat, akan tetapi jika mampu
adalah afdhal untuk menziarahi mereka.
Begitu juga dengan mendermakan harta kepada kaum kerabat.
Bersedekah kepada kaum kerabat adalah lebih afdhal dari orang
lain, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:
(ﺳﻨﻦ ﺍﻟﺪﺍﺭﻣﻲ)
Maksudnya: “Memberi sedekah kepada orang miskin dikira: satu
sedekah, dan memberi sedekah kepada mahram dikira dua iaitu:
sedekah dan mengeratkan hubungan.”
(Sunan ad-Darimi)

Keistimewaan atau kelebihan mengeratkan silaturrahim
Orang yang mengeratkan silaturrahim akan mendapat sepuluh
kelebihan yang terpuji sepertimana disebutkan dalam kitab
Bujairimi Ala al-Khatib:
1. Allah Subhanahu Wa Ta‘ala redha kerana Dia memerintahkan
supaya mengeratkan silaturrahim.
2. Membawa kebahagiaan. 3. Para malaikat gembira kerana mereka gembira dengan eratnya
silaturrahim itu.
4. Memperolehi pujian yang baik daripada orang.
5. Mengisi kesedihan Iblis.
6. Dipanjangkan umur.
7. Menperoleh keberkatan rezeki.
8. Orang yang meninggal dunia mendapat kebahagiaan kerana
keturunannya gembira dengan eratnya silaturahim itu.
9. Bertambah-tambah kehormatannya.
10. Bertambah-tambah pahala selepas matinya kerana orang-orang
mendoakannya setiap kali disebut kebaikkanya.

Oleh yang demikian, eratkanlah silaturrahim dalam mencapai
keistimewaan yang tersebut di atas dan jauhilah dari perkara yang
boleh memutuskannya. Tanganilah masalah keluarga dengan
perasaan rasional dan eratkanlah semula perhubungan yang sudah
retak itu dengan rasa kesedaran serta keinsafan, apatah lagi kerana
mereka yang tidak mahu berdamai itu akan dipertangguhkan
keampunannya, sepertimana hadis Rasullullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu
‘anhu: (ﺭﻭﺍﻩ ﻣﺴﻠﻢ)
Maksudnya: “Dibuka pintu-pintu syurga itu pada hari Isnin dan
Khamis, Setiap orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan
sesuatu apapun akan diampuni, kecuali seseorang yang sedang
dalam permusuhan dengan saudaranya. Dikatakan:
Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mau berdamai.
Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mau berdamai.
Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mau berdamai.”
(Hadits riwayat Muslim)

Begitu juga mendamaikan di antara dua pihak yang berselisih itu
hendaklah dengan adil dan saksama dengan tidak menyebelahi
mana-mana pihak yang berselisih, kerana semua orang yang
beriman itu bersaudara dan bertanggungjawab dalam
mendamaikan saudaranya yang lain sebagaimana firman Allah
Subahanahu Wa Ta‘ala:
(ﺳﻮﺭﺓ ﺍﳊﺠﺮﺍﺕ: 10)
Tafsirnya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu
bersaudara, maka damaikanlah di antara kedua saudara (kamu
yang bertelingkah) itu.
(Surah Al-Hujurat: Ayat 10)

i have nothing to say...

1 comment: