Sunday, March 10, 2013

sunday, 10.03.13

salam uols..
sedihnye arynie dah kena balik kl.. bosan la balik kl. kerja kerja n kerja.. nak kuar hang out pun, tak tahu nak hang out ngan saper.. urmm rindu time diploma dulu.. boleh hangout slalu... jalan2... tgk wayang... dah nasib.. trima je la seadanye... lagi 2 minggu nana balik hometown.. tak sabarnye.. hehehehe... anyway, love uols yg kenal nana n yg ade sekeliling nana.. xoxo....

i need u...

betul.. tp susahkan nak buat sidia paham.. so jalan yg paling mudah tuk korunk buat is just mengadu kat Allah.. cerita semua masalah kat Dia.. Insyallah ade penyelesaiannye.. yang penting hati kena sabar n kuat.. chill and alway be happy.. xoxo...

Saturday, March 9, 2013

Jodohku.....

Jodohku......

Sabar dan tenanglah

Aku di sini masih bersabar menantimu

Tersenyumlah

Karena aku yakin kebahagiaan mendatang

Jikalau detik ini hatimu sedang terluka rawatlah

Dengan mendekatlah kepada-Nya,

Tapi di sini aku berharap kau baik-baik saja

Waktu terasa lama buatku,

Tapi aku yakin takkan lama lagi kau akan hadir buatku

Mengajakku dan mengingatiku

Sering pula kau akan menanyakan

Sudah solat sayangku?

Jodohku.....

Aku rindu

Bila kita bertemu?

Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu

Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat-nasihatmu

Dlm hati ini ku sediakan ruang dan tak sabar menanti kehadiranmu

Semoga aku dpt merawatmu sehingga Allah menyembuhkan luka hatimu

Temukan aku dalam istikharahmu..... ^_^

jom kurus.........


before besar mcm nie
after jadi besar ni.. but still besar la jugak kan..


salam.. how are you.. hope korunk sume sihat.. so hari ni nana nak cter pasal diri nana plak.. since small, nana tak pernah rase kurus... teringin sgt nak kurus.. tp takde la kurus sgt.. sedap2 badan jer.. ade ade amik product ni.. mmg jadi la.. turun kot.. tp depend kat badan individu tu sendiri la jugak.. sebb kawan nana amik product ni mmg tak turun bnyak... for me, it work.. dah lame nana benti amik product ni.. nak continue, tp tggu la ade duit duit or ade org yg baik hati sponser nana.. hehehhe btw, ceter punye citer, nak tau product aper tak?? haaaa ini la product dia.... jeng jeng jeng...
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^






 

haaaaaa... susu ni la buat nana kurus... thankz alpha lipid SD2.... nanti kite jumpe lg ek.. skrang financial nana tak mengizin kan...

sayang kamu sumee!!!!!!



love themmmmm soooo muchhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

~internship n moving out~

holla.. tak tahu nak wat aper.. so nak ctr cikit aper yg nana buat skrang.. skrang ni tgh internship kat kl.. wahhh jadi org keyell la plak nana ni.. dulu pernah gak duk kl 3 tahun.. di duduk lg kat kl area damansara.. intermship kat AON INSURAN BROKERS MALAYSIA. kerja kat company tu mmg banyak.. lumrah la kerja kan.. tp best la kerja kat ctu.. not bad.. lepas nie bulan 4 ktrunk akan ade new building for that company.. we move to bangsar south la plak.. tah la.. tak tahu la nak rase ape.. teruja?? i dont think so.. takut kot.. dah la jalan tak tahu.. nak minta tolong bf, tah dia hilang ke mane.. urmm, takpe ar.. bnyak alternatif lain kan.. try smpai dpt tempat tu ye nana.. chaiyok chaiyokkk... haaa.. lg 1 benda yg merunsingkan.. PARKING!!!!!!!!!!!!!! mane nak park kreta nanti... its ok nana.. nanti gi survey before nak masuk company baru tu k... huhuu

MiSs yOu sO mUch!!!!!

i dont know what is actually happen with our relationship... but yg i tahu, i will try my best to fix it as usual.. kalau tak boleh jugak.. i berserah jer... kalau ade jodoh tak kemana...

Friday, March 8, 2013

goodbye celcom.. hello umobile

about 1 year tak jenguk blog nana ni.. rase rindu lak nak menaip.. tapi sekarang ni nana agak sibuk.. sibuk dengan kehidupan sekarang... macam2 dah berlaku kat nana since last year 2012.. by the way tahun 2013 ni nana nak bukak buku baru.. tinggal kan semua cerita lama... tp rase mcm same jer nasib nana macam tahun lepas.. fail in love.. hahahhaha.. maybe bukan jodoh nana kot lg.. haaa bab jodoh cerita lain.. bab education nana cerita lain.. macam2 la nana nak cerita.. rasenye dengan menaip ni, nana dpt releasekan tension nana kot... hahaha ade kot la plak kannn.. ape la nana ni.. btw entry kali ni nana just nak cerita pasal line phone.. before this nana guna celcom tuk blackberry nana.. now, start from today, nana nak try guna umobile la plak.. nak tgk service dia mcm mane lak.. lg better or worst from celcom... huhuhu.. tu jer cerita tuk harini.. tata titi tutu...

Sunday, January 22, 2012

my feelingzzzz~

i don't know what to say, but i feel so sad.. arynie rancang nak gi sunwey. dah sebulan rancang nak gi sane ngan kawan taman ak. but tak kesampaian.. coz ak tak cukup duit.. wuawuawua... sampai kena marah ngan parent... siap ckp " student buat cara student, jgn ikut org yg dah bekerja" urm.. nak buat mcm mane kan.. ak harap kawan ak tu faham masalah ak.. jgn marah ye fikah.. ak tak sengaja..
then ak minta la si dia call.. lame gak la dorang borak.. rasenye sampai habis kot crdt rm3 tue.. tuk ak dah takde.. tah la.. bermacam perasaan bercmpur skrang nie.. aper yg ak blh buat just berserah jer pada Allah, ape nak jadi2 jadi la...

Tuesday, November 8, 2011

MeMuTuSkAn SiLaTuRrAhiM...

aku manusia biasa. mempunyai hati dan perasaan. salah ke untuk aku berkawan. belum lagi nak kahwin. cume kawan je. nie nak marah2 suruh jgn kawan dengan DIA.. sebabnye dia penipu la, budak jahat la, itu la, ini la.. knp suke dengar cakap orang??? knp tak tanye DIA sendiri.. selidik betul2.. jangan dengar sebelah pihak jer... salah ker ak nak berkawan??? siap suruh jangan kawan dengan DIA lagi.... tau tak yg memutuskan sillaturahim antara umat islam tu HARAM...?

TIDAK MASUK SYURGA
MEMUTUSKAN SILATURRAHIM

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Hukum memutuskan silaturrahim
Memutuskan silaturrahim pula hukumnya haram dan dikira
melakukan maksiat besar sehingga mendapat laknat dari Allah
Subhanahu wa Ta‘ala, Sebagaimana firmanNya:

(ﺳﻮﺭﺓ ﳏﻤﺪ: ﺍﻳﺔ 23-22)
Maksudnya: “(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka
tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan-jika kamu dapat
memegang kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi,
dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?.
(Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut)
merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran
mereka, dan dibutakan penglihatannya.”
(Surah Muhammad: Ayat 22-23)
Apatah lagi orang yang memutuskan silaturrahim ini tidak masuk syurga,
sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:
(ﺭﻭﺍﻩ ﻣﺴﻠﻢ)
Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan
hubungan kekeluargaan.”
(Hadits riwayat Muslim)
Bagaimana menghubungkan silaturrahim?
Menurut Ibnu Abu Jamrah bahawa hubungan silaturrahim boleh
dieratkan dengan memberi harta, memberi bantuan dan
pertolongan dalam menyampaikan hajat, menolak kemudharatan,
bersemuka, mendoakan, mengeratkan dengan apa yang termampu
daripada perkara kebajikan dan menolak apa yang termampu
daripada keburukan.
Sementara bagi mereka yang jauh bolehlah juga berhubung dan
berkirim salam dengan berutus surat, akan tetapi jika mampu
adalah afdhal untuk menziarahi mereka.
Begitu juga dengan mendermakan harta kepada kaum kerabat.
Bersedekah kepada kaum kerabat adalah lebih afdhal dari orang
lain, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:
(ﺳﻨﻦ ﺍﻟﺪﺍﺭﻣﻲ)
Maksudnya: “Memberi sedekah kepada orang miskin dikira: satu
sedekah, dan memberi sedekah kepada mahram dikira dua iaitu:
sedekah dan mengeratkan hubungan.”
(Sunan ad-Darimi)

Keistimewaan atau kelebihan mengeratkan silaturrahim
Orang yang mengeratkan silaturrahim akan mendapat sepuluh
kelebihan yang terpuji sepertimana disebutkan dalam kitab
Bujairimi Ala al-Khatib:
1. Allah Subhanahu Wa Ta‘ala redha kerana Dia memerintahkan
supaya mengeratkan silaturrahim.
2. Membawa kebahagiaan. 3. Para malaikat gembira kerana mereka gembira dengan eratnya
silaturrahim itu.
4. Memperolehi pujian yang baik daripada orang.
5. Mengisi kesedihan Iblis.
6. Dipanjangkan umur.
7. Menperoleh keberkatan rezeki.
8. Orang yang meninggal dunia mendapat kebahagiaan kerana
keturunannya gembira dengan eratnya silaturahim itu.
9. Bertambah-tambah kehormatannya.
10. Bertambah-tambah pahala selepas matinya kerana orang-orang
mendoakannya setiap kali disebut kebaikkanya.

Oleh yang demikian, eratkanlah silaturrahim dalam mencapai
keistimewaan yang tersebut di atas dan jauhilah dari perkara yang
boleh memutuskannya. Tanganilah masalah keluarga dengan
perasaan rasional dan eratkanlah semula perhubungan yang sudah
retak itu dengan rasa kesedaran serta keinsafan, apatah lagi kerana
mereka yang tidak mahu berdamai itu akan dipertangguhkan
keampunannya, sepertimana hadis Rasullullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu
‘anhu: (ﺭﻭﺍﻩ ﻣﺴﻠﻢ)
Maksudnya: “Dibuka pintu-pintu syurga itu pada hari Isnin dan
Khamis, Setiap orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan
sesuatu apapun akan diampuni, kecuali seseorang yang sedang
dalam permusuhan dengan saudaranya. Dikatakan:
Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mau berdamai.
Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mau berdamai.
Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mau berdamai.”
(Hadits riwayat Muslim)

Begitu juga mendamaikan di antara dua pihak yang berselisih itu
hendaklah dengan adil dan saksama dengan tidak menyebelahi
mana-mana pihak yang berselisih, kerana semua orang yang
beriman itu bersaudara dan bertanggungjawab dalam
mendamaikan saudaranya yang lain sebagaimana firman Allah
Subahanahu Wa Ta‘ala:
(ﺳﻮﺭﺓ ﺍﳊﺠﺮﺍﺕ: 10)
Tafsirnya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu
bersaudara, maka damaikanlah di antara kedua saudara (kamu
yang bertelingkah) itu.
(Surah Al-Hujurat: Ayat 10)

i have nothing to say...